CARA PENYAMPAIAN PANTUN BERKAIT




PENGENALAN



Pantun adalah jenis pantun lama dan salah satu jenisnya adalah jenis pantun berkait atau berantai. Pantun berkait adalah pantun yang terdiri lebih dari satu bait, satu bait dengan bait lainnya memiliki hubungannya, larik pertama dan ke-3 bait pertama akan dipakai lagi pada larik ke-2 dan ke-4 bait ke-2 dan begitu seterusnya tergantung dari berapa bait yang kita inginkan.

Sama seperti pantun, pantun berkait juga memiliki pembayang dan isi. Larik pertama dan kedua merupakan pembayang dan larik ketiga dan keempat merupakan isi.

Pantun berkait merupakan pantun yang selalu berkait dari bait yang satu ke bait yang lain.Bait pertama berkaitan dengan bait kedua. Bait kedua berkaitan dengan bait ketiga. Bait ketiga berkaitan dengan bait keempat. Begitu seterusnya sampai pantun berkait habis. Bait-bait yang berkaitan ini membentuk suatu cerita yang diwujudkan dalam pantun.

Kaitan antara bait ini ditandai adanya perulangan larik. Larik kedua dan keempat pada bait pertama akan diulang pada bait kedua. Larik kedua bait pertama menjadi larik pertama bait kedua. Larik keempat bait pertama akan menjadi larik ketiga bait kedua. Larik kedua bait kedua menjadi larik pertama bait ketiga. Larik keempat bait kedua menjadi larik ketiga bait ketiga. Larik kedua bait ketiga menjadi larik keempat bait keempat. Begitu seterusnya sampai perulangan larik habis pada bait akhir pantun berkait. Agar lebih jelas, perhatikan contoh pantun berkait berikut:


Padi perisa di paya permata,
Sutera berlilin dokoh berintan;                                                                                       
 Budi bahasa budaya kita,                                                                                                
Mesra dijalin kukuh ikatan.

Sutera berlilin dokoh berintan,                                                                              
Bercambah rendah bunga keladi,                                                                                 
 Mesra dijalin kukuh ikatan,                                                                                     
Bertambah indah pesona budi.

CARA-CARA PENYAMPAIAN PANTUN BERKAIT
  1.  Mimik muka
Pemantun hendaklah memberikan riak wajah seiring dengan tajuk pantun. Kebiasaannya pantun berkait merupakan pantun yang mempunyai plot cerita. Pemantun perlu memberikan reaksi wajah yang ceria ketika meyampaikan pantun yang bertemakan tentang keharmonian dan kegembiraan. Bagi pantun yang bertemakan tentang peperangan, pengorbanan dan penderitaaan, pemantun perlu menunjukkan reaksi wajah yang syahdu dan sayu. Pemantun tidak boleh menunjukkan reaksi gementar, takut, gemuruh dan sombong ketika menyampaikan pantun berkait agar mudah difahami dan sampai kepada audien. Kerutan muka, jelingan mata serta pandangan yang tajam juga boleh diterapkan dalam penyampaian pantun berkait supaya audien lebih memahami jalan cerita pantun berkenaan. Sebagai contoh:

Batu belah dalam perahu,                                                                                                                  Kucing kurus menggaru papan;                                                                      
 Kuasa Allah siapa tahu,                                                                                   
 Kurus badan kerana tak makan.


Kucing kurus menggaru papan,
Papan digaru kayu mati;
Kurus badan kerana tak makan,
Kurus kerana menahan hati.



Papan digaru kayu mati,
Tutuh jenalu dibunga Cina;
Kurus kerana menahan hati,
Makan tak lalu tidur tak lena.



 Pantun berkait diatas bertemakan kekecewaan. Pemantun boleh menggunakan kerutan pada wajah ketika myampaikan pantun berkait tersebut supaya dapat menggambarkan kekecewaan yang dirasainya. Pemantun juga perlu mempamerkan riak wajah yang sayu dan kecewa. Bersesuaian dengan tajuk pantun iaitu Kenangan Kasih.

2. Nada suara


Nada suara yang digunakan dalam pantun berkait sama seperti pantun biasa. Mempunyai bahagian yang perlu direndahkan dan di tinggikan ketika pantun disampaikan. Sedikit penekanan dengan nada yang tinggi perlu diterapkan pada suku kata akhir bagi setiap perkataan yang dilafazkan . Bagi suku kata awal dan pertengahan boleh dilafazkan dengan nada yang rendah dan lembut. Sebagai contoh:

Taman di pekan indah dan permai,
Angin menderu di petang hari;
Berkawan rakan biarlah ramai,                                                                       
Musuh seteru jangan dicari.

Angin menderu di petang hari,
Berkibar bendera sepanjang jalan;
Musuh seteru jangandicari,
Meriah gembira rakan kenalan.

Perkataan yang di tebalkan perlulah ditekankan nadanya atau ditinggikan. Dengan penggunaan nada yang tinggi di akhir suku kata dapat memberikan gambaran yang jelas kepada audien tentang pantun yang sedang disampaikan. Contoh pantun yang diberikan adalah bertemakan keharmonian dalam persahabatan yang bertajuk Etika Persahabatan.

3.  Bahasa badan

Dalam menyampaikan puisi-puisi melayu terutamanya pantun berkait yang mempunyai plot cerita, bahasa badan amatlah panting bagi menarik minat audien untuk memahami jalan cerita dalam pantun berkenaan. Namun, pemantun tidak digalakkan membuat gaya yang melampau. Gaya yang melampau akan menyebabkan pendengar atau audien berasa jelik dan sukar untuk memahami jalan cerita pantun berkait yang cuba disampaikan. Pemantun hanya perlu mengangkat sedikit tangan dan tidak perlu terlalu tinggi untuk mengekalkan nilai kesopanan yang terdapat dalam budaya orang melayu. Sebagai contoh:

Zaman Sultan Raja iskandar,
Membuat negeri di Pulau Cempaka;
Eloknya pekan dengan Bandar,
Tempat dagang datang berniaga.

Membuat negeri di Pulau Cempaka,
Digelar Pulau Indera Sakti;
Tempat dagang datang berniaga,
Ke bawah duli berbuat bakti.

Tuanku Raja Sultan Iskandar,
Takhta di Pulau Indera sakti;
Indahnya lagi jangan disedar,
Kota pun sudah bagai dihati.


Pantun di atas bertemakan kemakmuran dan kedamaian yang bertajuk Kemakmuran Negeri Perak. Pemantun perlu menggunakan bahasa badan yang sopan dalam menyampaikan pantun di atas. Gerak geri tangan hendaklah digunakan tetapi tidak  boleh keterlaluan. Pemantun juga boleh menyelitkan senyuman manis ketika menyampaikan pantun bagi menggambarkan kemakmuran negeri Perak ketika itu.


4. Nyanyian

Pantun berkait juga boleh disampaikan dalam bentuk nyanyian. Dinyanyikan atau dilagukan untuk tujuan senda gurau, bermain-main, usik-mengusik, dan menghibur hati. Setiap perkara yang terdapat dalam pantun berkait boleh digunakan sebagai hiburan melalui cara penyampaian yang tersendiri seperti nyanyian dan melagukannya dengan pelbagai nada mengikut kehendak individu itu sendiri. Pantun berkait yang dilagukan dapat memupuk perasaan gembira kepada diri sendiri dan orang lain kerana lafaz yang terdapat dalam setiap perkataan tersebut. Perkataan-perkataan ini akan memberikan nasihat atau teguran secara langsung atau tidak langsung kepada audien.



RUMUSAN

Kesimpulannya, pantun berkait merupakan antara salah satu jenis - jenis pantun yang terdapat dalam puisi melayu. Mempunyai maksud dan isi cerita di dalam setiap perenggan. Setiap perenggan mempunyai hubung kait untuk membentuk satu cerita yang menarik. Cara penyampaian yang berkesan perlu dipraktikkan oleh pemantun dengan memantapkan gaya dari segi mimik muka, nada suara dan bahasa badan. Cara penyampaian yang berkesan dapat menarik minat audien untuk memahami dan menjiwai puisi yang di sampaikan oleh pemantun seterusnya dapat menyebarkan nilai-nilai murni yang terdapat di dalam sesebuah puisi.



reff : http://lukisanpena1994.blogspot.com/2014/11/font-definitions-font-face-font.html


Video yang berkaitan dengan CARA PENYAMPAIAN PANTUN BERKAIT


Related Post

Previous
Next Post »