Idham Lalui �Edah� Dengan Tenang

Saya slalu rindu pada sobat semua, saya berharap sobat semua slalu dalam lindungan Yang Maha Kuasa. Bahasan kali ini adalan tentang Idham Lalui �Edah� Dengan Tenang."
Idham ketika mengarah filem Senjakala.

BARU-BARU ini, kontroversi melibatkan pengarah dan penerbit Ahmad Idham Ahmad Nadzri (gambar), penerbit David Teo dan Persatuan Penerbit Filem (PFM) menjadi topik hangat media.

Selepas sebulan isu tersebut diperkatakan, mStar Online cuba menghubungi Idham yang seolah-olah menyepi seketika daripada industri hiburan tanah air.

Belum pernah lagi kelihatan wajah Idham di mana-mana majlis berbuka puasa setakat ini. Malah dia juga jarang muncul dalam mana-mana media.

Rupa-rupanya pengarah filem Congkak itu tidak hilang ke mana sebaliknya sedang sibuk dengan penggambaran filem Senjakala yang akan ditayangkan pada bulan Februari atau Mac tahun depan..

�Saya terlalu sibuk dalam dua hingga tiga bulan ini. Kalau boleh memang saya nak kurangkan hadiri mana-mana majlis kerana saya malas hendak berhadapan dengan soalan yang tidak

mendatangkan faedah dan berjumpa dengan orang industri yang �bermuka-muka�.

�Dalam tempoh �edah� ini, lebih baik saya buat kerja produksi. Sepanjang kontroversi ini berlalu, percaya atau tidak, saya telah menyiapkan dua buah drama 13 episod iaitu Durja Ningsun dan Salon yang diterbitkan oleh syarikat saya, Excellent Pictures.

�Dalam perlaksanaan harian, saya hanya fokuskan kepada kerja kerana dulu saya terhutang drama bersiri dengan stesen televisyen termasuk Shah Jehan. Sekarang saya sedang bikin filem dan selepas Raya nanti saya akan buat drama 13 episod Ustaz Amirul. Pada November depan, saya akan arahkan sebuah lagi filem baru,� katanya.

Apa-apa pun yang berlaku, Idham menegaskan, sekarang ini kerja lebih diutamakan berbanding hal-hal lain.

Setelah kontraknya sebagai pengarah filem dan drama dalam syarikat Metrowealth (MIG) telah tamat, dia mengambil inisiatif untuk menyiapkan projek-projek Excellent Pictures.

"
Source : http://gambargambarpelik.blogspot.com/2010/08/idham-lalui-edah-dengan-tenang.html

         Kepada para pembaca, saya memohon maaf apabila terdapat kekurangan dan kekeliruan bagi tulisan yang saya buat ini. Karena penulis sendiri hanyalah manusia yang bisa melakukan kesalahan. Akhir kata semoga kupasan tentang Idham Lalui �Edah� Dengan Tenang yang saya buat ini dapat bermanfaat untuk saya khususnya dan pembaca sekalian.



Video yang berkaitan dengan Idham Lalui �Edah� Dengan Tenang


Related Post

  • BUKIT GANTUNG
    BUKIT GANTUNG...
  • PREVIEW BANNER  Profitclicking English
    PREVIEW BANNER Prof...
  • 3 Tanda Mantan Kekasih Ingin Kembali
    3 Tanda Mantan Kekas...
  • Historical Sites in Cirebon: Part 1
    Historical Sites in ...
  • Free Download Game Need For Speed : Hot Pursuit 2 Full Version
    Free Download Game N...
  • Sindiriran Global TV kepada SULE (Prikitiew...)
    Sindiriran Global TV...
Previous
Next Post »

EmoticonEmoticon

:)
:(
=(
^_^
:D
=D
=)D
|o|
@@,
;)
:-bd
:-d
:p
:ng