Perintah berkurung di Bangkok

Gimana nih hari ini kabarnya sobat semua ?, he he yang pastinya lagi bahagia dan sehat kan sobat semua !. Topik kita kali ini adalah Perintah berkurung di Bangkok."
ASAP menjulang tinggi di pusat beli-belah Central World, Bangkok semalam.


BANGKOK - Jabatan Bomba Thailand semalam menyatakan bahawa kebakaran berlaku di 20 lokasi di Bangkok termasuk di sebuah pusat beli-belah terbesar, sebuah stesen televisyen, bangunan bursa saham, sebuah pawagam dan cawangan bank.

Kepulan asap menjulang tinggi dari pusat beli-belah Central World yang merupakan salah sebuah pusat beli-belah terbesar di Asia Tenggara.

Selepas beberapa pemimpin kumpulan antikerajaan yang terkenal dengan panggilan Baju Merah menyerah diri, para perusuh mula membakar bangunan bursa saham, beberapa buah bank, ibu pejabat Pihak Berkuasa Elektrik Metropolitan, pusat beli-belah Central World dan sebuah pawagam.

Para penunjuk perasaan turut melepaskan beberapa tembakan ke arah anggota-anggota bomba.

Kekacauan yang berlaku di Bangkok itu berlaku ekoran tindakan penunjuk perasaan antikerajaan berkampung selama dua bulan di Bangkok sehingga menjejaskan industri pelancongan di negara berkenaan.

Kumpulan Baju Merah itu mendesak supaya Perdana Menteri, Abhisit Vejjajiva meletakkan jawatan, Parlimen dibubarkan dan pilihan raya baru diadakan.

Kerajaan Thailand mengumumkan perintah berkurung bermula pada pukul 8 malam semalam sehingga 6 pagi ini waktu tempatan.

Semua stesen televisyen tempatan diarahkan supaya menyiarkan berita yang disediakan oleh kerajaan.

Sebelum perintah itu dikuatkuasakan, penunjuk-penunjuk perasaan menyerang pejabat stesen televisyen Channel 3, membakar sejumlah kereta dan paip air dirosakkan.

"Di stesen Channel 3, kami memerlukan pertolongan daripada polis dan askar," kata mesej yang dihantar oleh seorang pembaca berita, Patcharasri Benjamasa di laman Twitter.

"Beberapa buah kereta baru dirosakkan dan mereka mahu menyerbu bangunan," tambah mesej berkenaan.

Semua eksekutif di stesen televisyen itu dipindahkan dengan menggunakan helikopter manakala kakitangan lain diselamatkan oleh anggota polis.

Kakitangan-kakitangan di bangunan akhbar Bangkok Post turut dipindahkan selepas menerima ancaman daripada penunjuk perasaan.

Sebuah bangunan di depan bangunan akhbar itu turut dibakar.

Media tempatan melaporkan rusuhan di Bangkok itu merebak ke bandar Udon Thani manakala sebuah dewan di Khon Kaen diconteng.

Sebuah stesen televisyen turut menyiarkan imej askar-askar berundur selepas mereka diserang oleh perusuh di wilayah Ubon Ratchathani.

Seorang menteri Kabinet, Satit Vongnongteay menganggap situasi di Bangkok berlaku kerana para penunjuk perasaan berasa marah.

Sekurang-kurangnya 44 orang terbunuh, kebanyakannya orang awam dalam beberapa pertempuran antara anggota pihak berkuasa dengan penunjuk perasaan antikerajaan di Bangkok.

Pertempuran itu berlaku semasa pihak tentera cuba untuk menyekat lokasi perhimpunan penunjuk perasaan yang telah berkhemah di daerah Rajprasong selama enam minggu.

Usaha mengusir penunjuk perasaan di Bangkok itu bermula selepas subuh semalam apabila ratusan askar bersenjatakan M16 mengepung kem penunjuk perasaan di Rajprasong.

Menurut wartawan agensi berita The Associated Press, sejumlah kenderaan berperisai merempuh sekatan timbunan tayar dan buluh runcing diikuti dengan askar-askar melepaskan tembakan ke arah penunjuk perasaan yang turut membuat tembakan balas.

Menjelang tengah hari semalam, pihak tentera mengumumkan ia telah menguasai zon protes dan operasi di kem tunjuk perasaan telah berakhir.

"
Source : http://gambargambarpelik.blogspot.com/2010/05/perintah-berkurung-di-bangkok.html

         Sampai disini artikel tentang Perintah berkurung di Bangkok ini saya buat, semoga cukup bermanfaat dan dapat membantu anda semuanya.



Video yang berkaitan dengan Perintah berkurung di Bangkok


Related Post

Previous
Next Post »