ANGIN peralihan daripada jentera Suzuki ke Honda bakal membawa tuah buat pasukan Harian Metro SCK Honda Racing dalam pertarungan memburu Kejuaraan Cub Prix Malaysia AAM Petronas mahupun Kejohanan Motosikal Asia Petronas musim ini.
SEPAKAT...Chee Kieong ( tiga dari kiri) bersama warga kerja serta pelumba pasukannya, Affendi (dua dari kanan) dan Norizman (kanan) pada majlis sambutan Tahun Baru Cina di bengkelnya.
Kekuatan ngauman harimau sempena zodiak Tahun Baru Cina, meniup kekuatan buat Chee Kieong yang sebelum ini cukup berpengalaman dalam dunia permotoran apabila pernah menjulang kejuaraan bersama Yamaha pada 2005 dalam kategori Expert dengan Norizman Ismail dan bersama Suzuki di Kejuaraan Asia menerusi Affendi, tahun lalu.
Beliau kini lebih optimis akan berlaku banyak perkara gembira bersama pasukan barunya, Honda biarpun perlu melakukan banyak percaturan baru terutama dari segi penyelarasan jentera.
�Untuk muncul juara keseluruhan itu mungkin sukar diperkatakan, tapi saya yakin kami mampu untuk menjejakkan kaki ke podium. Itu yang saya mahu tahun ini. Tidak mudah untuk kami mendapat penyelarasan terbaik kerana semua itu hanya akan diperoleh apabila perlumbaan berlangsung.
�Apapun, itulah cabaran dalam perlumbaan ini dan saya sukakannya dan disebabkan itu jugalah saya membuat keputusan beralih ke Honda dan akan terus berusaha mencari yang terbaik bagi menjulang pasukan Harian Metro SCK Honda Racing seperti yang pernah saya lakukan bersama Suzuki tahun lalu,� katanya.
Source : http://gambargambarpelik.blogspot.com/2010/02/sck-harap-tuah-tahun-harimau.html
         Akhir kata semoga postingan tentang SCK harap tuah Tahun Harimau yang saya buat ini dapat bermanfaat untuk pembaca sekalian.
EmoticonEmoticon