Tarikh : 6 Mac 2011
Hari : Ahad
Waktu : 3.00 petang
Tempat : 1-9-6 Kolej Harun Aminurrashid
Peristiwa:
Semalam telah berlangsungnya majlis diskusi ilmu. Banyak perkara yang aku telah pelajari sepanjang majlis tersebut berlansung. Pada awal permulaan majlis, terdapat nyanyian sebuah lagu yang bertajuk Bahasa Jiwa Bangsa. Aku tertarik dengan lirik lagu tersebut. Lirik lagunya seperti berikut :
Lirik Lagu Bahasa Jiwa Bangsa
Gunakanlah Bahasa Kebangsaan Kita
Marilah Amalkan Ramai-ramai
Bahasalah Menyatukan Kita Semua
Yakinlah Bahasa Jiwa Bangsa
Gunakanlah Bahasa Kebangsaan Kita
Marilah Amalkan Ramai-ramai
Bahasalah Menyatukan Kita Semua
Yakinlah Bahasa Jiwa Bangsa
Marilah Mari Rakyat Semua
Buktikan Taat Setia dengan Satu Bahasa
Maju Bangsa dan Maju Negara
Megahkan Bahasa Kita
Bahasa Jiwa Bangsa
Buktikan Taat Setia dengan Satu Bahasa
Maju Bangsa dan Maju Negara
Megahkan Bahasa Kita
Bahasa Jiwa Bangsa
Catatan:
Melalui lirik lagu tersebut, kita dapat fahami bahawa lagu Bahasa Jiwa Bangsa menyeru rakyat satu Malaysia agar menggunakan bahasa Melayu dalam kehidupan seharian. Melalui bahasa, rakyat yang berbilang kaum akan dapat disatukan. Selamat mendengar. J
reff : http://cikguagai88.blogspot.com/2011/03/bahasa-jiwa-bangsa.html
EmoticonEmoticon