Saari, Eddie bangga lagu terus diminati

Smoga sobat semua tidak bosan bertemu saya he he, bagaimana kabarnya nih sobat semua ? yang pastinya sehat dan bahagia ya. Ok langsung saja pada topik kita kali ini adalah Saari, Eddie bangga lagu terus diminati."



Saari (kiri) bersama Eddie.

ALBUM kompilasi yang selalunya menghimpunkan lagu-lagu malar segar masih menjadi pilihan dan digemari peminat muzik. Ini menyebabkan syarikat rakaman terus menghasilkan album sedemikian kerana ia mampu pulangan yang baik.

Terbaru, syarikat penerbitan muzik tempatan, Nova Music menyatukan lagu-lagu daripada dua komposer yang cukup terkenal dengan irama melankolik atau �tangkap leleh� menerusi album berjudul Lentok Berbisa. Mereka ialah Saari Amri dan Eddie Hamid.

Nova Music adalah syarikat yang aktif menerbitkan album berbentuk kompilasi dan selalunya menggabungkan hasil karya terbaik dan popular tanah air sehingga ikutan syarikat lain.

Kata Eddie Hamid, formula penerbitan album kompilasi memuatkan lagu irama 60-an dan rock yang diterbitkan oleh Nova Music pernah menjadi syarikat penerbitan lain.


Menurutnya, lagu berentak balada perlahan atau lebih dikenali dengan ungkatan �lagu tangkap leleh� akan sentiasa mendapat tempat di hati peminat muzik biarpun ada pihak yang menyifatkan genre sebegitu sudah lapuk dek zaman.

�Lihat saja bayaran royalti yang diterima syarikat seperti Life Records, Rock Records dan NAR Records daripada badan MACP (Badan Perlindungan Hak Cipta Muzik). Kebanyakan bayaran yang diterima itu disumbang daripada album yang cenderung ke arah lagu balada.

�Itu antara gambaran mengapa syarikat rakaman memilih untuk mengeluarkan album ini. Lagu-lagu seperti ini akan terus hidup, walaupun ada muzik baru yang muncul merentasi masa. Album �Lentok Habis� sudah terjual 10,000 unit sejak dua minggu di pasaran.

�Dalam album itu, ada 10 lagu ciptaan saya dan 10 lagi daripada Saari. Turut dimuatkan dua lagu baru. Semua lagu dalam album ini turut diterbitkan dalam bentuk karaoke kecuali dua lagu ciptaan terbaru,� katanya yang berkunjung ke Balai Berita di ibu negara bersama Saari.

Eddie berkata, sungguhpun lagu balada ciptaan lama itu masih mendapat tempat tetapi dia kecewa kerana stesen radio masih kurang menyiarkannya. Katanya lagi, kepuasan seseorang komposer bergantung kepada penerimaan pendengar.

�Sekarang pun, pendengar muzik mempunyai pilihan sekalipun lagu kegemaran mereka tidak dimainkan di radio. Laman sesawang Youtube sebagai contohnya menjadi sasaran mereka untuk mencari lagu pilihan. Lagu lama yang kadang-kadang saya tak pernah dengar pun boleh diperoleh menerusi Youtube.

�Harus diingat juga, sekarang berlambak penyanyi dari negara seberang memilih untuk menyanyikan lagu tangkap leleh. Istilah meniru pun terjadi di negara mereka sedangkan kita yang terlebih dulu memperkenalkan genre sebegini,� kata Eddie yang turut menyanyikan lagu tema drama Halimah Jongang dan Fatimah Juling.

Mengenai perkembangan lain, Eddie berkata dia kini sedang menyiapkan album berkonsep etnik kreatif untuk Saleem selain kompilasi kumpulan lama seperti Lestari. �Saya juga sedang menyiapkan album Johan Raja Lawak dan penyanyi baru wanita, Kusya,� katanya.

Sementara itu, Saari menyambut baik usaha Nova Music yang menyatukan karyanya dengan Eddie Hamid.

Dia yang suatu ketika cukup aktif menghasilkan lagu-lagu hits untuk penyanyi seperti Ella, Slam, Ziana Zain, Exist dan ramai lagi kini lebih senang mendiamkan diri kerana tiada produk untuk diperkatakan.

�Hampir 10 tahun saya �berehat�. Masalah ekonomi dan pasaran muzik yang tidak menentu, mengurangkan minat untuk menghasilkan lagu baru. Saya sendiri tidak berani mengambil risiko untuk mengeluarkan album apatah lagi berbekalkan modal sendiri. Tak guna terbit, kalau sudah yakin ia tidak pulang modal.

�Ada kalanya, saya tidak menafikan agak kecewa dengan kesuraman industri. Tapi mujurlah sepanjang tempoh berehat, ada duit simpanan dan bayaran royalti yang diterima. Setahun lalu juga saya pernah mendapat tawaran untuk bekerja di syarikat PT Muzika di Jakarta, bagaimanapun ibu mentua menghalang,� katanya yang mempunyai empat anak hasil perkongsian hidup dengan Senorita Abdul Rahman.

"
Source : http://gambargambarpelik.blogspot.com/2009/12/saari-eddie-bangga-lagu-terus-diminati.html


Tari beradat langkah bertingkah

Kalung suasa menghias dada

Tiba saat kita berpisah

Cemerlang ditingkat jemu tiada



Video yang berkaitan dengan Saari, Eddie bangga lagu terus diminati


Related Post

Previous
Next Post »